Saturday, December 19, 2009

Banyak Cerita Tapi...

Takde masa. Dah lama tak rasa sibuk macam ni. Sonok pon ada, (bleh lupa pasal makan) tak sonok pun mmg la kan... Macam tak cukup je masa 24jam - 6jam = 18jam tu. Lutut ni mmg dah tak bersetuju dgn saya (cepat la berat turun), kalau dah lose weight pn sakit lutut gak alamatnya mmg nak kena pg hospital buat X-Ray.

Penyusuan susu ibu Dareen pun kurang success. Sbb saya takde masa nak pump susu ni every 3 hours. Cuma dpt masa lunch, dgn masa balik dari keje (7pm). Tu pun cuma dpt 12oz sehari. Dareen pun hisap 12 oz sehari. Sblm ni mmg saya simpan tak byk. Sebab tak confident leh dpt keje. Jadi, utk menyimpan stok buat masa ni saya campurkan dengan formula. Satu serving per day. Ok la tu, memula saya beli Enfalac, dia taknak. Saya tak puas hati, belikan susu Nan1 Pro. Baru dia nak minum. Skrg ni saya terpaksa kasik dia puting kosong (soother). Kalau tak sakit pinggang bila dia ngempeng kt situ. Dah tu takleh nak pegi dapur, nk kencing pun kena tahan. Memula nak keje tu, seksa nak membagi dia susu dlm botol. Mana taknya, masa kat sepital je dia hisap botol. Pehtu, takde dah. Air masak pun taknak. Last2 saya belikan Pigeon pya Peristaltic (betul eh eja ni) Wide Neck. Baru la dia leh accept botol2 Avent tu. Kalo saya tau botol pigeon tu lagi best. Baik saya beli je pigeon pya produk sblm ni. But anyway, saya rasa thankful saya beli manual breastpump. (Tu je yg mampu pon...) Kalo saya beli electric operated mana la nak cucuk? Dah la kena pump dlm toilet. (Kampeni tak kasik bilik solat. Sgt kejam. Solat blkg file cabinet) Sedih dak? Tapi gigih pya pasal...


Sikit je...

Botol yg best, nipple dia sgt lembut. Dareen immediately sedut. Walaupun bubuh formula



Lambang kegigihan saya


Oh ye, saya dah hantar Dareen ke taska yg sama dgn Darwish. Sebab? Sebab sian kt mak. Bila mak kena "serangan" bertubi tu, dia mmg tak daya nak jaga Dareen. Ayah plak sibuk nak bagi "1st Aid" kt mak. Hari tu mak batuk smp kuar darah ketul2. Ngeri. Sebelum ni (2 tahun lepas) kena serangan takde la smp batuk berdarah tu. Isk. Takpelah, ada hikmahnya apa yg berlaku pada kami sekeluarga ni. Allah uji orang2 yang Dia sayang. Betulkan? Bila jadi macam ni, makin lama kita makin sedar yg betapa seblum ni kita jauh daripadaNya. Sekurang-kurangnya kami dah sedar hakikat tu dan cuba menjadi lebih baik, mendekatkan diri padaNya, mencari lebih ilmu supaya dpt menambahkan ibadah kepadaNya. InsyaAllah. Wallahua'lam.

Sekarang ni, anak2 kurang sihat. Terutamanya Darwish. Dareen cuma demam2 biasa. (Nak amik upah mak kata) Darwish plak macam kena demam campak, batuk2 selsema dan ruam satu badan. Asik muntah je. Sian dia dah naik lembik. Tapi, saya redha. Mungkin ni ujian Allah bagi saya. Semoga ianya akan mematangkan saya dan semoga anak2 cepat sembuh. Mami sentiasa doakan yang terbaik utk Darwish dan Dareen. Amin.

Sunday, December 13, 2009

12 years ago

Patutnya post entry ni semalam, tapi saya tak sempat la. Sejak bekerja ni, asik berkejaran jek. Susah jadi working housewife cum single mother. Memang la dok ngan parents tapi, takkan la nak kulikan mak pak senirik ye dok? So sebelum pg kije tu kena la ngemas dapur, nyapu, ngemop, siap2kan botol2 susu baby ke apa yg patut. Udah le baby tu mak yg menjaganya. Sian mak, udah le saya ni dibela sedari kecik, anak2 saya pun mak tolong belakan jugak. Tu patutnya isi2 penting utk entry lain ye... Anyway

12 years ago pada tarikh 12/12/1997, seorang jejaka bernama Zulhelmi Kasim telah mengajak saya menjadi girlfriendnya. Hehe...walaupun kami adalah an item masa form 5 tu, tp org sume tak tau yang kami sume ni lom lagi bercinta. Cakap pun aku-kau jep. Pernah la saya yg tak malu ni (oh ye, saya yg memulakan langkah pertama FYI) tanya, "nape ko tak nak declare ngan aku?" dan dia menjawab "sebab aku pun tak pasti lagi, hidup terumbang-ambing kat sekolah ni." hahaha... lebih kurang gitu la ayatnya. Tapi saya tak kisah pun, sebab saya tau dia mmg nak kat saya pun. Hihi...

Peristiwa itu berlaku sehari selepas tamat kertas Ekonomi Asas (last 1997 SPM paper). Masa tu paper saya dah abis dah, tapi tak balik sebab nak dating sebelum balik kampung. Hehe, merenyam tak hengat. Lokasinya di tangga depan bilik tv pusat sumber sekolah. Saya dah tau dah tujuan kami ber"tenet" tu, mmg dia nak tanya soklan tu. Yg saya igt, dia lom sempat abis tanya saya dah cakap "Nak!" Hahaha... gatal. Begitulah semuanya bermula. Yang selebihnya, nanti2 la saya cerita. Kalau ada orang nak baca la. Hehe...


Zaman berdating, dua2 muka melengas baru habis tengok Incubus Live in Malaysia @ Bukit Kiara Equin Park


To my sweetheart darling hunnybunny dearest boyfriend for life, how I miss you so much and those days. Semoga cinta kita tak pernah pudar walau sedikit pun. Terima kasih kerana bersabar dengan saya selama ini. Sayang awak sgt, rindu ni....

Monday, December 7, 2009

Budak Baru Lagi...

Harini, untuk kesekian kalinya, saya menjadi budak baru lagi. First day di opis lebih kurang sama je macam 5 kali sebelum ni... (Ahaks!). Sebelum ni penah gak opis kat big building. Dulu masa project completion di MMC, kena transfer ke HQ di HP Tower Damansara Heights. Kali ni opis baru dekat City Square JB. Pagi ni saya bangun seawal 5.30 pagi. Punyalah anxious. Banyak sangat nak kena pikir, nak hantar Darwish pegi sekolah, kena siapkan beg "Breast Pump", nak rendamkan susu untuk Dareen and siap2kan botol biar mak takyah susah2 nanti, kemas bilik siap2, gosok baju, mcm2 la lagi. Saya kuar dr umah pkl 8am, hantar Darwish ke taska sempat sampai opis sebelum pukul 9. Punyalah saya risau takut jalan jem gila ke pe. Tapi sebab keanxiousannya, tak rasa sgt la 40 minit drive tu.

Bekfes? Jangan tanya... Esok saya mesti bawak Fibergy, Nutrimeal dan shaker ke opis. Memang tak sempat, kalau sempat pun sgt bahaya. McDonalds, Starbucks, Coffee Bean, J-Co are just walks away. Sume sinful sume leh meruin my diet. Lunch saya (di Food Court) 2 jenis sayur dan sekeping ikan berharga hampir RM8. Tu ok lagi, dengan ramai orgnya, dengan menunggu lift turun je dekat 15 minit sebab 2 trip tu kena pass. Ofis saya di tkt 19, lift start from 18th to 20-something floor, harus la sampai tkt19 dah penuh. Orang tkt 18 pun malang gak la nasib. Makan kena kelam kabut sebab nak mengejarkan time 1pm - 2pm tu utk express my milk for storage. Stok utk Dareen. Esok, saya nak belik roti je makan kat workstation.

Not that I'm complaining, kali ni saya ada 6 projects in hand. Paling byk dalam sejarah saya bekerja. But luckily yg 3 tu dah almost final. So technically saya ada 3 active ones. Tapi, systemnya lain. Tendering style, format pun lain gak. Saya rasa, saya tak payah buat tender all out mcm my previous employment (I enjoyed it, and missed it though). Cuma assist Contract Manager je. They have several CMs and one Sr. CM. We Qs-es report direct to the CMs. Tah, lom tau lagi sebenar-benarnya apa tasks yg saya harus buat. But being Qs, mana pegi pon tu je lah kijenya. Kira duit ribuan, jutaan, tapi duit org... Huuu..

Saya park kereta dekat Menara Tun Abdul Razak (kepada yg dah lama tak ke JB, KOMTAR is totally demolished, tinggal menara jep..) igtkan kat situ murah dr CS, upanya sama jek... chait! Driving home baru la rasa letih dan lamanya... esok nak kena try lalu jalan dalam. Penat bejalan tak habis penat lak tahan mulut ni dari mencarut...Anyhow, jem kat JB still gerak agi. Tak mcm kt KL. :P Oklah, dr entry ni saya ada lagi 2 sub-entry nak post. Tapi masa tak ngizinkan. Sakit kaki, esok tanak pakai heels dah. Pakai sandal jek. Oklah, masa tuk tido. Esok lagi jauh nk jalan, lagi awal kena kuar sebab nak parking kt Persada plak. Orang kata situ paling murah (for locations adjacent to CS that is... kalo nak murah agi park aje kt Wadi Hana tepi umah org, pehtu nek bas. Tak kuasa!) Nite!

Wednesday, December 2, 2009

Tempat Jatuh Lagi Dikenang...

Ayah saya orang merantau. Lepas sekolah ayah saya merantau ke Johor dari Kuala Lumpur. Lepas kawin, dpt kakak dan saya pindah ke PD and so on, and so on. Saya dan kakak mengikut jejak ayah saya. Kakak paling hebat la, betul2 dia merantau. Saya takdelah merantau sgt, 1st work experience saya kat Tanjong Malim. Pastu nak kawin, carik keje kat JB, pastu lak pindah KL setahun lebih, pastu husband merantau, saya pindah balik JB. Dok ngan mak ayah. What a loser... tp bukan nak cerita pasal "keloseran" saya. Nak citer pasal Tg Malim. Sebab baca blog Farish Farisha buat saya teringat sangat kat Tg. Malim.

Sebenarnya 1st keje saya dekat Taman Tampoi Indah, tp sebab saya keje kat situ sebulan je... Segan lak nak letak dlm CV. Masa di Tg. Malim, saya bekerja dgn Road Builder company yg skrg dah diambil alih oleh IJM. Time tu projek KTM komuter Rawang Ipoh. Dekat tiga tahun gak la saya dok Tg. Malim. Sadly, saya takde amik gambo scenery Tg. Malim sepanjang saya berada kat sana. Saya rindu sgt Tg. Malim, sampaikan masa mengandungkan Darwish pun saya mengidam nak makan makanan yg ada kt Tg. Malim. Utk pengetahuan, mmg sampai skrg tak dapat. Explained why Darwish masa kecik ngences lebat gila...

Oh ye, walaupun opis saya kat Tg. Malim (betul2 blkg UPSI back gate), tapi rumah yg company sewakan tu dekat Hulu Bernam. So we always jokingly boast on how we stay in Selangor, but work in Perak. Rumah saya teres 3 bilik, saya ada bela kucing yang saya panggil "Kelenchachik". Sungguh panjang namanya. Saya bela daripada dia kecik, sampai la dia dpt 1st baby (4 ekor, 1st la sangatkan...).

Saya selalu kuar umah awal, tak suka kalo jam bila pagar level crossing tutup ketapi nak lalu. Pastu sarapan, saya selalu tapau dekat kedai Abuya. Kedai dia just after level crossing (skrg dah takde kot) near UPSI punya side entrance. Nasi lemak dengan telur goyang, kuetiaw, mee goreng. Selain tu, nasik lemak kakak yg bawah pokok ceri tepi jalan yg dekat dgn simpang empat seberang dengan Restoran Yik Mun (Famous Pau). Makan tengahari saya suka satu kedai dkt Hulu Bernam tu. Run by adik beradik, masakan diorg mmg mcm homecook. Everytime saya rindu masakan mak, saya akan pg situ makan. Saya suka gak Nasi Ayam Hainan old school yg sebaris dgn Yik Mun tu. Pastu saya suka makan pulut ayam kt Yik Mun tu. Belum citer pisang goreng ngan kuih2 makcik yg kt tepi gate level crossing petang2 tu.

Malam, kitorg suka lepak kat Garden Seafood, ataupun kedai western tu apa tah namanya tak igt dah. Ataupun kedai Abe (Abg in Kelantanese). Kadang2 kitorang dinner dekat Rest House, makan chicken chop uncle tu. Very the old school... Kadang2 lagi kitorg g makan piza Tg. Malim, sedap... Bila saya dah dekat nak benti keje, baru saya discover jeram / air terjun / sungai yg best. Tak sempat pon nak mandi... Ralat sungguh. Masa tu saya dok rumah kedai sebelah opis yg di transform jadi bilik2 (sebab tinggal sorg), kawan ngan student baru la tau mcm2 tempat ada kat Tg. Malim. Tapi, too short while too late...

Banyak la kenangan pahit manis saya dok kat Tg. Malim ni, housemate bertukar ganti, dok sensorang. Dok opis sampai kul 11 mlm tu perkara biasa. Maklum la bujang. Kena intai kt belakang umah, kena ngorat ngan budak tak cukup umur (student) sebelah umah. Eksiden langgar kerb sebab nak elak kucing depan UPSI, boss (yg sedang mabuk) bagi duit RM500 (utk dishare dgn sorg lg kawan) suh beli handbag baru dan macam2 lagi. Agaknya sebab tu la masa saya nak drive balik ke JB beriya saya menangis sensorg dlm keta. Huuu... Satu hari nanti, saya nak pegi Tg.Malim lagi, walking down my memory lane.

Monday, November 30, 2009

Korban Saya

Saya beraya dengan mama (MIL) dan adik2 ipar saya. Walaupun saya selalu rasa segan nak pergi rumah mama bila suami saya takde. Rasa awkward. Sebab suami saya takde. Mungkin saya yang mengelak sebab tak nak terlalu rasa ketiadaan suami saya. Yelah, rumah dia, surelah everything would remind me of him. Setahun kitorang duk menumpang rumah mama. Mula2 plan nak singgah melawat je, tp rasa selesa lak. Mungkin sebab dah lama berjauhan, tak rasa sangat. So I ended spent a night there dgn anak2. Darwish pun lama tak jumpa nenek dia. Kesian suami saya beraya di perantauan, berkorban utk masa depan anak2. Walaupun raya haji je, tapi bila dgr takbir tu sayu gak hati...

Keesokan hari selepas hari raya tu kami ke Aquaria KLCC. Sebelum tu saya telah merosakkan lagi kereta ayah saya. Malas la nak elaborate, nak amik gambo pun malas. Kena marah biasa la. Siapa tak sayang harta? Tapi bila ayah dpt tau (thanks to mak) yg saya tak salah, dia rasa guilty. Saya berjanji tak nak bawak kereta ayah lagi. Sebab nasib selalu tak baik. Sebulan sblm bersalin pun saya rosakkan kereta ayah. Tu yang dia marah sangat. Tapi, ayah tak suka kalau saya bawak kereta kancil bila dgn anak2. Takpe la ayah, keta pape pun orait je, janji leh jalan. Saya takut nasib malang mengekori saya bila saya bwk keta ayah lagi. Walaupun saya tak salah, tp saya tetap bagi duit pampasan pada ayah. Because I felt bad. Maka, terkorbanlah duit saya... Huuu

Ngantuk la, lain kali je la upload gambo...

Monday, November 23, 2009

Ralat


Suami isteri dakwa pembantu perubatan enggan selamatkan anak

MELAKA 22 Nov. - Sepasang suami isteri mendakwa keengganan seorang pembantu perubatan di Klinik Kesihatan Sungai Rambai memberi rawatan kecemasan, menyebabkan bayi mereka yang baru berusia tiga bulan meninggal dunia petang semalam.


Lebih menyayat hati, bayi malang itu, Siti Fairuz Abdullah meninggal dunia di Balai Polis Sungai Rambai ketika dibawa ibu bapanya kira-kira pukul 6.40 petang. baca seterusnya

Saya tak tau la apa yang berlaku sebenarnya dlm keluarga diorg, mungkin diorg susah ke takde duit nak pegi klinik swasta or takde kenderaan nk pg klinik yg jauh kat bandar tp sebelum salahkan orang lain, salahkan la diri sendiri dulu kot? Kalo dah tau baby 3 bulan umur, demam sikit cepat2 la buat sesuatu, jgn la tunggu dah sawan baru nak pegi klinik kesihatan. Kalau dah sawan tu, sure demam dah tinggi sangat... Hmm.. entahla. Peringatan utk diri saya jugak.


p/s:pehal la korg kawin awal sgt? isk...

Sunday, November 22, 2009

Misi Mustahil

Sesiapa yang dah tengok target weight saya kat side bar tu sebelum ni, jangan terperanjat lak ye. Saya kena tukar sebab target tu mmg misi mustahil. Memang boleh achieve, kalau saya tak makan langsung dan eksesais macam nak mati. Tapi kalau tak makan, mcmne saya nak eksesais mcm nak mati? Mati kerana eksesais mungkin la kot. Semua ini gara2 saya tensi sangat. Mula-mula igt nak aim higher la. Tapi, kalo aim higher tu mmg menyiksakan diri saya, dan membuatkan saya semakin depress, baik saya review balik. Since masa nak lose weight last year saya ada sign up dgn caloriecount.com utk reference, jadi saya bukak balik akaun lama saya tu dan update target weight loss plan saya.

Memandangkan saya target nak turunkan berat sampai 60kg, dan menurut calorie count dan jugak personal trainer saya dulu, penurunan berat yang dibenarkan adalah pada kadar 1kg seminggu. Maknanya, saya kena berusaha sampai 28 March 2010 untuk turunkan 18kg tu. Jadi kalau merujuk pada tarikh Anang akan balik saya assume 1 February 2010, yang logiknya saya akan sempat turunkan berat sehingga 70 - 68kg sahaja. Itu berat saya sebelum kawin. Tapi, masih full figure, I wanna be skinny again. Sekejap pun jadilah. (At least until my next pregnancy) Boleh?

Secara ringkasnya, saya cuba utk ambil tidak lebih daripada 1500 kalori sehari dan target untuk membakar 2600 kalori (termasuk pergerakan seharian i.e jaga anak, duduk, mandi etc). Barulah saya betul2 boleh capai target saya. Sekian terima kasih.

Jadi, berusahalah!